Wednesday, November 4, 2009

Backdated_Hantaran Zuliana

Bismillah...Dengan Nama Allah..
ini adalah keluaran hantaran pilihan Cik Zuliana dr K.Kangsar yg diperbuat sempena majlis pertunangan nya pada 16 Mei 2009... tema pilihan , putih + pink kemerahan..









Thursday, October 1, 2009

Backdated_Hantaran Linda

Bismillah...Dengan Nama Allah..

Koleksi hantaran yg diperbuat daripada Linda untuk insan tersayang sempena majlis pertunangan yg gilang gemilang...dengan bertemakan warna oren kesemua hantaran ini semua dibawa pulang drpd kedai Safi Bakeri ke Muar, Johor..kampung beliau yang tercinta...












Wednesday, September 30, 2009

Backdated_Hantaran Asmah

Bismillah.

Oleh kerana kesibukan dunia bakeri yg agak berpanjangan, terpaksa untuk melupakan niat mengemaskini gambar2 hantaran...namun kini, safibakerihantaran kembali untuk melunaskan apa yang tertunggak (^_^) ..selamat menjamu mata..


ini adalah koleksi hantaran yang digubah semula oleh saya setelah tempahan gubahan yang diberi kepada orang lain tidak memuaskan hati...

sebelum selepas

Monday, June 1, 2009

Tuesday, May 5, 2009

Gubahan Baju

salam...
ini adalah gubahan baju pasang yg telah ditempah beberapa bulan yg lepas...masa tidak mengizinkan untuk mengemaskini..namun kini, insya Allah, beberapa koleksi hantaran akan dimuatturunkan di sini di masa akan datang....

Friday, February 6, 2009

Sirih Junjung

Bismillahirrahmanirrahmin...

Sirih Junjung Sirih Pinang
Adat Sirih Pulang ke Ganggang
Besar Niat Kami Mengundang
Sudilah Kiranya Tuan Bertandang..
Selamat bertandang ke Safi Hantaran...
bukan pantun sebarang pantun...tetapi pantun ini ada kaitan dengan post pada kali ini..yang dimaksudkan adlaah sirih junjung yg telah ditempah oleh pelanggan Safi...selamat menjamu mata...

Wednesday, December 17, 2008

Bertemakan warna emas

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang...

Hantaran yang bertemakan warna keemasan ini diminta oleh pelanggan Safi dari Lenggong, K.Kangsar, Perak...selamat 'menjamu' mata...atau pun jika ada yang menginginkan hantaran yang sedemikian rupa mahupun dlm rupa yang berlainan, silalah berkunjung ke Safi Bakeri di Medan Klebang Restu :)

telekung senaskah Al-Quran & sejadah




haruman & jam beg & kasut


tempahan juga dibuat untuk sirih junjung & bunga rampai..malah tidak ketinggalan kek royal icing sebagai penyeri majlis...ia akan di update kan menjelang hari pernikahan pasangan ini pada 28hb Disember 2008 :)